Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..
Pada bulan Januari yang lepas, kumpulan Tunas Kadet Remaja Sekolah Tahun 6 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan perkhemahan pertama bagi kadet tahun 6.
Program bermalam di sekolah secara berkala merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam silibus Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh. Ia merupakan tempat ahli TKRSM mengamlkan segala kemahiran yang diajar secara teori. Program bermalam ini dijadikan aktiviti untuk membina semangat, motivasi dan keyakinan diri disamping menekankan elemen kemampuan TKRSM.
Di antaranya, kepimpinan, kemahiran sosial, daya ketahanan dan disiplin. Ia juga memberi manfaat secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Oleh itu, semua ahli TKRSM diwajibkan mengikut semua perkhemahan yang diatur oleh pihak sekolah. Maklumat seperti berikut :
Tarikh : 25 dan 26 Januari 2019
Masa : 1545 petang Jumaat hingga 0900 pagi Sabtu
Tempat : Sekitar kawasan Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.
Tema : Disiplin kuat, Qudwah Mantap
Peserta : 158 orang kadet dan 20 orang
Penyelaras TKRS tahun 6 iaitu Leftenan Muda Zirawatul Ain menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :
1. Membina ketahanan fizikal dan mental serta membentuk diri berdisiplin.
2. Memberi latihan jasmani kepada para peserta dengan latihan kecergasan, kawad, ikhtiar hidup dan sebagainya.
3. Mengamalkan suasana orientasi sosial di mana peserta perlu bekerjasama dan melakukan aktiviti bersama dalam satu pasukan.
4. Melahirkan kesyukuran atas segala kurniaan dan ciptaan Ilahi.
Selain itu, bermalam pada kali ini penyelaras menfokuskan 2 kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh para kadet, iaitu Kemahiran Based dan Kemahiran Bantu mula. Kadet juga didedahkan kepada elemen muwasofat seperti akhlak yang mantap, menjaga waktu, bermanfaat kepada orang lain, ibadah yang benar serta menjaga waktu yang diselitkan dalam setiap aktiviti para peserta. Selain itu juga, elemen kemampuan TKRS juga diterapkan semasa aktiviti berjalan iaitu disiplin dan tepati masa, daya ketahanan yang kuat serta berkemahiran sosial dalam aktiviti yang dijalankan.
Dilampirkan juga gambar-gambar aktiviti semasa aktiviti dijalankan.
Pada jam 1545 kawad pembukaan dikendalikan oleh Leftenan Amnan dimulakan dengan melapor, lagu krs, lagu krs musleh, bacaan doa dan taklimat ringkas penyelaras. Penyelaras ingin menerapkan elemen muwasofat menjaga waktu dan akhlak yang mantap. Selain itu, elemen kemampuan tkrs yang dinilai ialah disiplin dan tepati masa.
Pada jam 1630, selesai kawad pembukaan kadet menjalankan konstruk bersama mentor bagi kemahiran Based iaitu asas pergerakan 3 hingga 5.Iaitu tumbuk bertapak, tumbuk sisi dan tetak. Antara elemen kemampuan yang dinilai ialah daya ketahanan. Elemen muwasofat yang diterapkan ialah bermanfaat kepada orang lain.
Seusai sahaja kadet dikonstruk, peserta menunaikan solat Asar berjemaah di dalam dewan sekolah, diimamkan oleh wakil daripada seksyen Abu Bakar.
Kemudian pada jam 1730 kadet mendirikan pangkalan dengan dipantau mentor. Pembahagian tugas telah diagihkan oleh para peserta bagi mendirikan khemah untuk tempat tidur masing-masing. Pada masa yang sama kadet memasak makan malam mengikut kumpulan diberi dalam seksyen masing-masing. Masakan yang disediakan adalah mengikut silibus yang telah dipelajari oleh mereka iaitu kari ikan kembung dan sayur campur. Semua peserta dapat memasak dengan baik dan memahami kaedah memasak dengan betul.
Mendirikan khemah
Aktiviti memasak
Menunaikan solat berjemaah dan bacaan Al-Mathurat
Aktiviti bersama Unit Pembangunan Insan (UPI)
Penghayatan Al-Mathurat
Pada jam 1830 semua peserta menjalankan khidmat diri seperti mandi, susun beg dalam khemah dan makan malam. Penyelaras ingin menerapkan elemen muwasofat menjaga waktu dan elemen kemampuan disiplin dan tepati masa dalam setiap aktiviti khidmat diri. Terdapat juga pegawai yang memantau semasa peserta khidmat diri bagi memastikan peserta mengikut masa yang ditetapkan.
Pada jam 1900, peserta berkumpul dalam dewan bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh wakil dari seksyen Umar. Seterusnya peserta membaca almathurat bersama disamping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pegawai Mohamad Lokman. Selepas itu, peserta menunaikan solat Isya' yang diwakilkan oleh imam wakil daripada seksyen Uthman.
Pada jam 2100, peserta menjalankan konstruk bantu mula bagi elemen balutan kepala dan tapak tangan. Penyelaras menginginkan elemen muwasofat mampu berdikari dan elemen kemahiran sosial.
Alhamdulillah, peserta dapat menjalankan kosntruk dengan baik. Seterusnya, pihak Unit Pembangunan Insan iaitu pegawai Ain Madiha menjalankan aktiviti yang bertajuk, penghayatan Al-Mathurat bersama para peserta.
Aktiviti Konstruk Bantu Mula
Pada jam 2300, para pegawai mengadakan refleksi, manakala peserta kadet membaca surah Al-Mulk berjemaah dalam seksyen masing-masing. Semua peserta menjalankan hirasah dan bacaan juzu' mengikut waktu yang ditetapkan. Pada jam 0500, qiamulail, solat subuh dan bacaan al-mathurat berjemaah. yang diimamkan oleh Leftenan Muda Mat Naim(qiamulail) dan Leftenan Muda Zulhafifi (subuh). Penyelaras ingin menyelitkan elemen ibadah yang benar dan disiplin dalam diri setiap peserta. Selepas itu, para peserta menjalankan senaman pagi dan sarapan.
Pada jam 0700, semua peserta meruntuhkan khemah, bergotong royong membersihkan kawasan sekitar yang telah digunakan. Sebelum bersurai, kawad penutup dikendalikan oleh Leftenan Amnan.
Alhamdulillah program ditangguh bagi kali yang kedua pada Bulan Mac. Objektif yang disasarkan oleh Puan Penyelaras pada akhir program iaitu menjaga disiplin dengan baik serta menunjukkan tauladan yang baik telah tercapai walaupun tidak 100%. Diharapkan pada masa akan datang, mukhayyam kali kedua dapat membuka peluang kepada para kadet agar tercapai objektif yang ingin diusahakan.
25 & 26 Januari 2019.
Mukhayyam Dakhili Pertama
Tahun 6 2019.
No comments:
Post a Comment