Saturday, 29 December 2018

PROGRAM PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA 2018 [PENARA]

NAMA PROGRAM:
PENARA’18 
(PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA)
TARIKH:
17-20 DISEMBER 2018
TEMPAT:
TAMAN MINI MALAYSIA & KEBUDAYAAN ASEAN, AYER KEROH, MELAKA
GURU PENGIRING:
1 MUALLIM AFIQ
2 MUALLIMAH ZAFIRAH
3 MUALLIMAH AISAH


PESERTA PROGRAM 


NAMA
1
Aiman Bin Muhamad Fuad
2
Hamzah Huzaifah Bin Juhari
3
Afif Syahmi Bin Muhammad Norhisyam
4
Abdul Harith Haddad Bin Abd Shahril Hisham
5
Muhammad Zal Thaqif Bin Zamri
6
Datu Muhammad Aqil Farhan Bin Datu Adzman
7
Arfan Rizqi Bin Abdul Hafidz
8
Muhammad Ammar Safwan Bin Sazali
9
Muhammad Alif Bin Azhar
10
Muhammad Idlan Bin Herman
11
Muhammad Ammar Salihin B. Khairudin
12
Muhammad Syahir Salihin B. Khairudin
13
Muhammad Hadif Hami Bin Hamidul Ghazali
14
Ahmad Zafer Bin Kamabarin
15
Muhammad Zameer Ashraf Bin Mohamad Zamri
16
Ahmad Salman  Bin Burhan
17
Luqman Al Hakim Bin Shamsul Bahri
18
Muhammad Syamil Afiq Bin Sazali
19
Nur Alia Ariana Bt Nor Azwadi
20
Aliya Farhana Bt Zainal Abidin
21
Iqlil Khalida Binti Muhd Khairul Anuar
22
Nur Sofiya Ameera Binti Norismail
23
Nur Khayra Amniya Binti Ramle
24
Arifah Salihah Bt Ismail Yusoff
25
Widad Nahwa Binti Mohamed Zafrul
26
Balqis Binti Bahrin
27
Ain Aliefah Binti Zaharom
28
Tasneem Najwa Binti Sharifudin
29
Nurul Fadhlin Binti Mohd Dusuki
30
Aida Qaisara Binti Noor Azizi
31
Sarah Bt Abdullah
32
Afiqah Nadhirah Bt Mohd Alwi
33
Sumayyah Mujahid Bt Mohd Faizul Irwan
34
Hagea Fateha Bt Haslizam
35
Nur ‘Aisyah Fatin Binti Kamarulzaman
36
Aina Safiyya Binti Sabri
37
Nuriel Syams Binti Hasbullah
38
Asiah Bt Abul Hisyam
39
Nur Humaira Binti Mohammad Rusdi
40
Amni Hakimah Bt Mohd Amzi
41
Nur Aisyah Humaira’ Bt Mohd Army
42
Nur 'Umairah Bt Mohd Nizam
43
Sadah Wajihah Bt Rosli

LAPORAN PROGRAM

Sebelum:
(Persiapan/ Latihan)


Peserta PENARA’18 memulakan latihan mereka seminggu lebih awal di sekolah. Latihan mereka bermula 10hb – 15 Disember 2018 dengan pantauan jurulatih dan guru pengiring. Latihan dimulakan seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara latihan yang dilaksanakan ialah kawad kaki, based, masakan, metra dan orientaring. Persiapan peralatan perkhemahan telah diuruskan dua hari pada jadual latihan yang terakhir. Semua peserta perlu berkumpul di sekolah semula pada hari Isnin, 17hb Disember 2018 pada pukul 6.30 pagi.


Semasa:
(Keputusan Pertandingan/ Laporan semasa)


17hb Disember 2018, para peserta mula berkumpul di sekolah dan bergerak pukul 7.30 pagi setelah semua urusan di sekolah selesai. Empat orang peserta syabab menaiki bas sekolah menengah oleh kerana kerusi bas yang tidak mencukupi. Kontinjen sekolah sampai di Taman Mini Malaysia & Kebudayaan Asean, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 9.30 pagi. Peserta terus beratur untuk sesi mengambil gambar bersama sekolah-sekolah MUSLEH yang lain. Sementara guru pengiring menguruskan pendaftaran peserta pada urusetia. Peserta syabab dan fatayat terus bergegas menuju tapak perkhemahan masing-masing untuk membina pengkalan. Makanan minuman sepanjang 4 hari berkhemah telah ditempah di Restoran Selera Warisan D’Maria berdekatan dengan lokasi perkhemahan. Pukul 2.30 petang, peserta kawad syabab bersedia di tapak padang kawad manakala peserta banat based bertanding di Pentas Teja. Sekitar waktu malam, semua peserta berkumpul di rumah Negeri kerana hujan kilat yang sangat lebat. Selepas ceramah ‘Tokoh Nusantara’, peserta berpindah untuk tidur di rumah-rumah Negeri kerana kebanyakan khemah banjir dan kotor.

18hb Disember 2018, peserta berkumpul di Dataran pukul 5.00 pagi untuk Qiyamualail seterusnya perhimpunan rasmi selepas solat Subuh. Sesi pagi, syabab bertanding based di Pentas Teja manakal fatayat bersiap untuk pertandingan kawad kaki. Sesi petang, peserta dibahagikan dengan pertandingan metra, masakan dan obsrace. Sesi malam kebudayaan, syabab membuat persembahan di dataran manakala fatayat di Pentas Teja.

19hb Disember 2018, sesi  pagi semua peserta PENARA’18 berkumpul untuk taklimat Radio Amatur. Selesai taklimat, peserta orienteering dan gajet bergegas menuju tempat pertandingan masing-masing. Sesi petang, semua peserta bergerak ke rumah-rumah Negeri untuk Lawatan Kebudayaan. Aktiviti ini adalah acara kemuncak untuk tema PENARA’18 ‘Ukhuwah Mahabbah Teras Kekuatan Ummah’. Sesi malam, Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil diadakan di Pentas Teja. Semua peserta dikehendaki memakai baju lengkap no 3 untuk acara rasmi ini. Kontinjen Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah memenangi acara Kawad Kaki Syabab & Fatayat tempat ke 3. Pertandingan Metra, Sadah mendapat tempat ke 2 & Ariana mendapat tempat ke 5. Manakala Syabab Obsrace memenangi tempat yang ke 2 dalam acara tersebut.

20hb Disember 2018, sesi pagi telah diadakan majlis penutupan rasmi PENARA’18. Seramai 10 orang wakil sekolah bersama pada majlis akhir ini. Manakala, sebahagian peserta kontinjen mula berkemas dan menutup pengkalan untuk persediaan pulang. Majlis berakhir tepat 11.30 pagi. Peserta bergerak keluar menaiki bas dari lokasi kem sekitar 12.30 tengah hari dan sampai di sekolah dengan selamat pada pukul 3.30 petang.


Selepas:
(Postmoterm/Isu//Masalah & Cadangan Mengatasi)

Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Namun sepanjang perkhemahan peserta diuji dengan cuaca yang kerap hujan. Peserta perlu lebih bersedia untuk menghadapai cabaran ini dari masa ke semasa. Untuk tempahan makanan, urusetia program mencadangkan agar setiap sekolah membuat jadual menyediakan makanan sendiri sebagai salah satu wadah latihan murid-murid ketika perkhemahan. Peserta juga memerlukan latihan yang lebih beserta komitmen, jika ingin mencapai kemenangan dalam setiap acara yang dipertandingkan.


GAMBAR PROGRAM


Peserta Based

 


Peserta Memanah Tradisonal


Peserta Kawad (Syabab)


Peserta Kawad (Fatayat)



Peserta Masakan (Syabab)


Peserta Masakan (Fatayat)


Kontinjen Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi


Peserta Keseluruhan PENARA’18

Diharapkan program ini dapat menambah kemahiran komunikasi, disiplin, daya ketahanan diri dan meningkatkan hubungan ukhuwwah. Selain sebagai nilai tambah bagi markah PAJSK kadet.



Ukhuwwah Mahabbah Teras Kekuatan Ummah !
PENARA 2018.

No comments:

Post a Comment

LAGU TKRS