Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
Monday, 11 March 2019
Sunday, 10 March 2019
RANCANGAN TAHUNAN PELAJARAN SUBJEK TKRS 2019
Assalammualaikum wrbt.
Di bawah ini adalah lampiran perkongsian Rancangan Pelajaran Tahunan [ RPT ] bagi subjek TKRS 2019.
Semoga bermanfaat.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 6 2019
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 5 2019
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 4 2019
Di bawah ini adalah lampiran perkongsian Rancangan Pelajaran Tahunan [ RPT ] bagi subjek TKRS 2019.
Semoga bermanfaat.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 6 2019
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 5 2019
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 4 2019
Wednesday, 6 March 2019
MUKHAYYAM DAKHILI PERTAMA TAHUN 6 2019
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh..
Pada bulan Januari yang lepas, kumpulan Tunas Kadet Remaja Sekolah Tahun 6 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan perkhemahan pertama bagi kadet tahun 6.
Program bermalam di sekolah secara berkala merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam silibus Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh. Ia merupakan tempat ahli TKRSM mengamlkan segala kemahiran yang diajar secara teori. Program bermalam ini dijadikan aktiviti untuk membina semangat, motivasi dan keyakinan diri disamping menekankan elemen kemampuan TKRSM.
Di antaranya, kepimpinan, kemahiran sosial, daya ketahanan dan disiplin. Ia juga memberi manfaat secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Oleh itu, semua ahli TKRSM diwajibkan mengikut semua perkhemahan yang diatur oleh pihak sekolah. Maklumat seperti berikut :
Tarikh : 25 dan 26 Januari 2019
Masa : 1545 petang Jumaat hingga 0900 pagi Sabtu
Tempat : Sekitar kawasan Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.
Tema : Disiplin kuat, Qudwah Mantap
Peserta : 158 orang kadet dan 20 orang
Penyelaras TKRS tahun 6 iaitu Leftenan Muda Zirawatul Ain menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :
1. Membina ketahanan fizikal dan mental serta membentuk diri berdisiplin.
2. Memberi latihan jasmani kepada para peserta dengan latihan kecergasan, kawad, ikhtiar hidup dan sebagainya.
3. Mengamalkan suasana orientasi sosial di mana peserta perlu bekerjasama dan melakukan aktiviti bersama dalam satu pasukan.
4. Melahirkan kesyukuran atas segala kurniaan dan ciptaan Ilahi.
Selain itu, bermalam pada kali ini penyelaras menfokuskan 2 kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh para kadet, iaitu Kemahiran Based dan Kemahiran Bantu mula. Kadet juga didedahkan kepada elemen muwasofat seperti akhlak yang mantap, menjaga waktu, bermanfaat kepada orang lain, ibadah yang benar serta menjaga waktu yang diselitkan dalam setiap aktiviti para peserta. Selain itu juga, elemen kemampuan TKRS juga diterapkan semasa aktiviti berjalan iaitu disiplin dan tepati masa, daya ketahanan yang kuat serta berkemahiran sosial dalam aktiviti yang dijalankan.
Dilampirkan juga gambar-gambar aktiviti semasa aktiviti dijalankan.
Pada jam 1545 kawad pembukaan dikendalikan oleh Leftenan Amnan dimulakan dengan melapor, lagu krs, lagu krs musleh, bacaan doa dan taklimat ringkas penyelaras. Penyelaras ingin menerapkan elemen muwasofat menjaga waktu dan akhlak yang mantap. Selain itu, elemen kemampuan tkrs yang dinilai ialah disiplin dan tepati masa.
Pada jam 1630, selesai kawad pembukaan kadet menjalankan konstruk bersama mentor bagi kemahiran Based iaitu asas pergerakan 3 hingga 5.Iaitu tumbuk bertapak, tumbuk sisi dan tetak. Antara elemen kemampuan yang dinilai ialah daya ketahanan. Elemen muwasofat yang diterapkan ialah bermanfaat kepada orang lain.
Seusai sahaja kadet dikonstruk, peserta menunaikan solat Asar berjemaah di dalam dewan sekolah, diimamkan oleh wakil daripada seksyen Abu Bakar.
Kemudian pada jam 1730 kadet mendirikan pangkalan dengan dipantau mentor. Pembahagian tugas telah diagihkan oleh para peserta bagi mendirikan khemah untuk tempat tidur masing-masing. Pada masa yang sama kadet memasak makan malam mengikut kumpulan diberi dalam seksyen masing-masing. Masakan yang disediakan adalah mengikut silibus yang telah dipelajari oleh mereka iaitu kari ikan kembung dan sayur campur. Semua peserta dapat memasak dengan baik dan memahami kaedah memasak dengan betul.
Mendirikan khemah
Aktiviti memasak
Menunaikan solat berjemaah dan bacaan Al-Mathurat
Aktiviti bersama Unit Pembangunan Insan (UPI)
Penghayatan Al-Mathurat
Pada jam 1830 semua peserta menjalankan khidmat diri seperti mandi, susun beg dalam khemah dan makan malam. Penyelaras ingin menerapkan elemen muwasofat menjaga waktu dan elemen kemampuan disiplin dan tepati masa dalam setiap aktiviti khidmat diri. Terdapat juga pegawai yang memantau semasa peserta khidmat diri bagi memastikan peserta mengikut masa yang ditetapkan.
Pada jam 1900, peserta berkumpul dalam dewan bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh wakil dari seksyen Umar. Seterusnya peserta membaca almathurat bersama disamping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pegawai Mohamad Lokman. Selepas itu, peserta menunaikan solat Isya' yang diwakilkan oleh imam wakil daripada seksyen Uthman.
Pada jam 2100, peserta menjalankan konstruk bantu mula bagi elemen balutan kepala dan tapak tangan. Penyelaras menginginkan elemen muwasofat mampu berdikari dan elemen kemahiran sosial.
Alhamdulillah, peserta dapat menjalankan kosntruk dengan baik. Seterusnya, pihak Unit Pembangunan Insan iaitu pegawai Ain Madiha menjalankan aktiviti yang bertajuk, penghayatan Al-Mathurat bersama para peserta.
Aktiviti Konstruk Bantu Mula
Pada jam 2300, para pegawai mengadakan refleksi, manakala peserta kadet membaca surah Al-Mulk berjemaah dalam seksyen masing-masing. Semua peserta menjalankan hirasah dan bacaan juzu' mengikut waktu yang ditetapkan. Pada jam 0500, qiamulail, solat subuh dan bacaan al-mathurat berjemaah. yang diimamkan oleh Leftenan Muda Mat Naim(qiamulail) dan Leftenan Muda Zulhafifi (subuh). Penyelaras ingin menyelitkan elemen ibadah yang benar dan disiplin dalam diri setiap peserta. Selepas itu, para peserta menjalankan senaman pagi dan sarapan.
Pada jam 0700, semua peserta meruntuhkan khemah, bergotong royong membersihkan kawasan sekitar yang telah digunakan. Sebelum bersurai, kawad penutup dikendalikan oleh Leftenan Amnan.
Alhamdulillah program ditangguh bagi kali yang kedua pada Bulan Mac. Objektif yang disasarkan oleh Puan Penyelaras pada akhir program iaitu menjaga disiplin dengan baik serta menunjukkan tauladan yang baik telah tercapai walaupun tidak 100%. Diharapkan pada masa akan datang, mukhayyam kali kedua dapat membuka peluang kepada para kadet agar tercapai objektif yang ingin diusahakan.
25 & 26 Januari 2019.
Mukhayyam Dakhili Pertama
Tahun 6 2019.
Saturday, 29 December 2018
PROGRAM PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA 2018 [PENARA]
NAMA PROGRAM:
|
PENARA’18
(PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA)
|
TARIKH:
|
17-20 DISEMBER 2018
|
TEMPAT:
|
TAMAN MINI MALAYSIA & KEBUDAYAAN ASEAN, AYER KEROH, MELAKA
|
GURU PENGIRING:
|
1 MUALLIM AFIQ
|
2 MUALLIMAH ZAFIRAH
| |
3 MUALLIMAH AISAH
| |
PESERTA PROGRAM
NAMA
|
|
1
|
Aiman Bin Muhamad Fuad
|
2
|
Hamzah Huzaifah Bin Juhari
|
3
|
Afif Syahmi Bin Muhammad Norhisyam
|
4
|
Abdul Harith Haddad Bin Abd Shahril Hisham
|
5
|
Muhammad Zal Thaqif Bin Zamri
|
6
|
Datu Muhammad Aqil Farhan Bin Datu Adzman
|
7
|
Arfan Rizqi Bin Abdul Hafidz
|
8
|
Muhammad Ammar Safwan Bin Sazali
|
9
|
Muhammad Alif Bin Azhar
|
10
|
Muhammad Idlan Bin Herman
|
11
|
Muhammad Ammar Salihin B. Khairudin
|
12
|
Muhammad Syahir Salihin B. Khairudin
|
13
|
Muhammad Hadif Hami Bin Hamidul Ghazali
|
14
|
Ahmad Zafer Bin Kamabarin
|
15
|
Muhammad Zameer Ashraf Bin Mohamad Zamri
|
16
|
Ahmad Salman
Bin Burhan
|
17
|
Luqman Al Hakim Bin Shamsul Bahri
|
18
|
Muhammad Syamil Afiq Bin Sazali
|
19
|
Nur Alia Ariana Bt Nor Azwadi
|
20
|
Aliya Farhana Bt Zainal Abidin
|
21
|
Iqlil Khalida Binti Muhd Khairul Anuar
|
22
|
Nur Sofiya Ameera Binti Norismail
|
23
|
Nur Khayra Amniya Binti Ramle
|
24
|
Arifah Salihah Bt Ismail Yusoff
|
25
|
Widad Nahwa Binti Mohamed Zafrul
|
26
|
Balqis Binti Bahrin
|
27
|
Ain Aliefah Binti Zaharom
|
28
|
Tasneem Najwa Binti Sharifudin
|
29
|
Nurul Fadhlin Binti Mohd Dusuki
|
30
|
Aida Qaisara Binti Noor Azizi
|
31
|
Sarah Bt Abdullah
|
32
|
Afiqah Nadhirah Bt Mohd Alwi
|
33
|
Sumayyah Mujahid Bt Mohd Faizul Irwan
|
34
|
Hagea Fateha Bt Haslizam
|
35
|
Nur ‘Aisyah Fatin Binti Kamarulzaman
|
36
|
Aina Safiyya Binti Sabri
|
37
|
Nuriel Syams Binti Hasbullah
|
38
|
Asiah Bt Abul Hisyam
|
39
|
Nur Humaira Binti Mohammad Rusdi
|
40
|
Amni Hakimah Bt Mohd Amzi
|
41
|
Nur Aisyah Humaira’ Bt Mohd Army
|
42
|
Nur 'Umairah Bt Mohd Nizam
|
43
|
Sadah Wajihah Bt Rosli
|
LAPORAN PROGRAM
Sebelum:
(Persiapan/ Latihan)
Peserta PENARA’18
memulakan latihan mereka seminggu lebih awal di sekolah. Latihan mereka bermula
10hb – 15 Disember 2018 dengan pantauan jurulatih dan guru pengiring. Latihan
dimulakan seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara latihan yang
dilaksanakan ialah kawad kaki, based, masakan, metra dan orientaring. Persiapan
peralatan perkhemahan telah diuruskan dua hari pada jadual latihan yang
terakhir. Semua peserta perlu berkumpul di sekolah semula pada hari Isnin, 17hb
Disember 2018 pada pukul 6.30 pagi.
Semasa:
(Keputusan Pertandingan/ Laporan semasa)
17hb Disember
2018, para peserta mula berkumpul di sekolah dan bergerak pukul 7.30 pagi
setelah semua urusan di sekolah selesai. Empat orang peserta syabab menaiki
bas sekolah menengah oleh kerana kerusi bas yang tidak mencukupi. Kontinjen
sekolah sampai di Taman Mini Malaysia &
Kebudayaan Asean, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 9.30 pagi. Peserta terus beratur untuk sesi mengambil
gambar bersama sekolah-sekolah MUSLEH yang lain. Sementara guru pengiring
menguruskan pendaftaran peserta pada urusetia. Peserta syabab dan fatayat
terus bergegas menuju tapak perkhemahan masing-masing untuk membina
pengkalan. Makanan minuman sepanjang 4 hari berkhemah telah ditempah di
Restoran Selera Warisan D’Maria berdekatan dengan lokasi perkhemahan. Pukul
2.30 petang, peserta kawad syabab bersedia di tapak padang kawad manakala
peserta banat based bertanding di Pentas Teja. Sekitar waktu malam, semua
peserta berkumpul di rumah Negeri kerana hujan kilat yang sangat lebat.
Selepas ceramah ‘Tokoh Nusantara’, peserta berpindah untuk tidur di
rumah-rumah Negeri kerana kebanyakan khemah banjir dan kotor.
18hb Disember 2018,
peserta berkumpul di Dataran pukul 5.00 pagi untuk Qiyamualail seterusnya
perhimpunan rasmi selepas solat Subuh. Sesi pagi, syabab bertanding based di
Pentas Teja manakal fatayat bersiap untuk pertandingan kawad kaki. Sesi
petang, peserta dibahagikan dengan pertandingan metra, masakan dan obsrace. Sesi
malam kebudayaan, syabab membuat persembahan di dataran manakala fatayat di
Pentas Teja.
19hb Disember
2018, sesi pagi semua peserta
PENARA’18 berkumpul untuk taklimat Radio Amatur. Selesai taklimat, peserta
orienteering dan gajet bergegas menuju tempat pertandingan masing-masing.
Sesi petang, semua peserta bergerak ke rumah-rumah Negeri untuk Lawatan
Kebudayaan. Aktiviti ini adalah acara kemuncak untuk tema PENARA’18 ‘Ukhuwah
Mahabbah Teras Kekuatan Ummah’. Sesi malam, Majlis Penyampaian Hadiah dan
Sijil diadakan di Pentas Teja. Semua peserta dikehendaki memakai baju lengkap
no 3 untuk acara rasmi ini. Kontinjen Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah
memenangi acara Kawad Kaki Syabab & Fatayat tempat ke 3. Pertandingan
Metra, Sadah mendapat tempat ke 2 & Ariana mendapat tempat ke 5. Manakala
Syabab Obsrace memenangi tempat yang ke 2 dalam acara tersebut.
20hb Disember
2018, sesi pagi telah diadakan majlis penutupan rasmi PENARA’18. Seramai 10
orang wakil sekolah bersama pada majlis akhir ini. Manakala, sebahagian peserta
kontinjen mula berkemas dan menutup pengkalan untuk persediaan pulang. Majlis
berakhir tepat 11.30 pagi. Peserta bergerak keluar menaiki bas dari lokasi
kem sekitar 12.30 tengah hari dan sampai di sekolah dengan selamat pada pukul
3.30 petang.
|
Selepas:
(Postmoterm/Isu//Masalah & Cadangan Mengatasi)
Semua aktiviti
berjalan dengan lancar. Namun sepanjang perkhemahan peserta diuji dengan cuaca
yang kerap hujan. Peserta perlu lebih bersedia untuk menghadapai cabaran ini
dari masa ke semasa. Untuk tempahan makanan, urusetia program mencadangkan agar
setiap sekolah membuat jadual menyediakan makanan sendiri sebagai salah satu
wadah latihan murid-murid ketika perkhemahan. Peserta juga memerlukan latihan
yang lebih beserta komitmen, jika ingin mencapai kemenangan dalam setiap acara
yang dipertandingkan.
![]() | ![]() |
Peserta Based
| Peserta Memanah Tradisonal |
![]() | ![]() |
Peserta Kawad (Syabab)
|
Peserta Kawad (Fatayat)
|
![]() | ![]() |
Peserta Masakan (Syabab)
|
Peserta Masakan (Fatayat)
|
![]() | ![]() |
Kontinjen Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
|
Peserta Keseluruhan PENARA’18
|
Diharapkan program ini dapat menambah kemahiran komunikasi, disiplin, daya ketahanan diri dan meningkatkan hubungan ukhuwwah. Selain sebagai nilai tambah bagi markah PAJSK kadet.
Ukhuwwah Mahabbah Teras Kekuatan Ummah !
PENARA 2018.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
NAMA PROGRAM: PENARA’18 (PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA) TARIKH: 17-20 DISEMBER 2018 TEMPAT: TAMAN MINI MALAYSIA & KEB...
-
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.. Pada bulan Januari yang lepas, kumpulan Tunas Kadet Remaja Sekolah Tahun 6 Sekolah Rendah...